Tuesday, August 26, 2008

Mohd Raduan Emeari Sahut Cabaran Sukan Paralimpik Beijing 2008


Salam Sejahtera buat semua,

Kawan-kawan pernah dengar tak nama Mohd Raduan Emeari , nama ini sudah tidak asing lagi bagi penggemar sukan olahraga tanah air,dan bagi yang masih belum mengetahui siapakah dia yang sebenarnya,jom ikuti sedikit perkembangan Mohd Raduan Emeari. Beliau merupakan atlit OKU yang bakal membawa negara ke persada dunia dalam acara olahraga,Walaupun Mohd Raduan baru sahaja pulih dari kecederaan tumit, dapat dilihat semangat yang ada pada dia sangat tinggi dalam menjulang nama negara.selain itu untuk makluman semua ,Paralimpik ke 13 Beijing 2008 akan berlangsung pada bulan Ramadhan.Bagi Mohd Raduan dia tidak mempunyai masalah walaupun terpaksa berjuang sewaktu bulan Ramadhan.Pencapaian terbaru Mohd Raduan sebelum ke Beijing bulan hadapan ialah dia pernah memenangi Pingat Emas semasa temasya sukan Sea di Korat baru-baru ini. Mohd Raduan merangkul pingat emas bagi acara 100m- T36 dengan catatan masa 12.69 saat.Bagi Paralimpik Beijing 2008, Mohd Raduan merupakan atlit yang berprospek tinggi untuk meraih sekurang - kurangnya gangsa semasa temasya itu diadakan nanti.Semoga Mohd Raduan berjaya dan mencapai apa yang dicita-citakannya.

Untuk makluman semua, Mohd Raduan dan kontingen Malaysia akan berlepas ke Beijing pada 31 Ogos dan buat Mohd Raduan serta semua atlit yang terlibat dan bakal mengharumkan nama negara, doa dari rakyat malaysia akan mengiringi perjuangan anda semua.Semoga berjaya.

Sunday, August 24, 2008

CaPoEiRa ...SuKaN SeNi


Salam,

Kawan-kawan semua pernah dengar tak mengenai sukan ni 'capoeira'..sukan seni yang agak baru bg embun pagi.dan embun pagi pasti ia juga agak baru untuk kawan-kawan semua.Untuk makluman semua,.Capoeira merupakan merupakan sebuah olah raga bela diri yang telah dikembangkan oleh masyarakat Afrika di Brasil pada sekitar tahun 1500-an. Yang paling menarik ,gerakan dalam capoeira menyerupai tarian dan bertitik berat pada tendangan. kalau kawan-kawan pernah lihat sukan seni ni, gerakannya begitu indah sekali tapi amat padu tendangannya. Dengan gerakan yang begitu dinamik ini ada juga dimasukkan unsur-unsur akrobatik sehingga ia menghasilkan gerakan yang begitu sempurna. dan kalau diguanakn untuk lawan musuh ia juga boleh mematikan musuh tersebut.

Embun pagi rasa amat teruja sekali dan agak berminat setelah pertama kali embun pagi tengok persembahan dari sukan seni capoeira ini.tetapi untuk makluman semua walaupun sukan seni ini adalah untuk tujuan bela diri akan tetapi ia juga diselitkan dengan unsur 'maculele' dan 'samba'.

Sukan seni mempertahankan diri Brazil ini mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Sejak diperkenalkan di Malaysia tidak lama dulu, ramai menyedari keunikan seni ini serta mula meninjau peluang mempelajarinya. Namun, sedikit masalah timbul iaitu, kelas latihan Capoeira terhad hanya di kawasan tertentu saja menyebabkan ia tidak sepopular seni mempertahankan diri karate,taekwando atau sukan seni yang lain.

Rasanya bagus kalau sukan seni ini terus diperluaskan ke kawasan-kawasan yang masih belum mengenali sukan seni ini.bagi embun pagi, agak rugi rasanya kalau kita tidak kembangkan sukan seni ini di Malaysia sebab mengikut pemahaman embun pagi sukan seni ini tidak melibatkan kos yang tinggi dan tidak ada peralatan khusus untuk mempelajarinya.(kalau adapun pakaiannya je kot)

Apa pendapat kawan-kawan semua...betul x?

Saturday, August 16, 2008

Karnival Sukan Harapan MASISWA Zon Tengah 2008(IPTS)

Salam Sukan untuk kawan-kawan semua.
Memandangkan kawan-kawan semua dah discuss about olimpik 2008,maka embun pagi akan masukkan isu bukan olimpik la pula. tapi walau apa pun demam tetap demam..demam Olimpik la katakan. Berbalik kepada tajuk pengisian embun pagi bagi minggu ini, maka disini nak diceritakanlah sedikit mengenai Karnival Sukan Harapan MASISWA (Majlis Sukan IPTS Malaysia) Zon Tengah 2008 .Sebenarnya untuk makluman kawan-kawan semua Karnival Sukan Harapan ini terbahagi kepada 3 zon iaitu zon Utara, zon selatan dan zon timur.

Karnival ini merupakan acara tahunan untuk siswa siswi IPTS disekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor, Selain itu Universiti Kuala Lumpur telah menyambut amanah dari Jabatan Pengajian Tinggi Sektor Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi bagi melaksanakan karnival ini dengan jayanya.Tujuan utama karnival ini diadakan ialah tidak lain dan tidak bukan untuk mengintegrasikan siswa yang terdiri daripada pelbagai kaum, melahirkan siswa yang positif, dan melahirkan masyarakat yang cergas dan berdaya saing.Karnival yang bertemakan "Satu Hati Satu Kejayaan" ini bakal diadakan di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute dan ia akan bermula pada 22 hingga 24 Ogos 2008.

Empat acara yang dipertandingkan dalam karnival tersebut ialah Futsal(L), Bola Tampar (L&W), Bola Jaring (W) dan juag Badminton berpasukan.

Disini dapat kita lihat usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak berwajib dalam melahirkan atlit diperingkat Universiti disamping melahirkan Mahasiswa yang Proaktif.

Cuma adalah embun pagi diharapkan agar Karnival Sukan ini akan dapat membantu mahasiswa menyerlahkan bakat yang ada dan paling penting membantu mengisi masa lapang mereka dari melakukan perkara-perkara yang berunsurkan negatif.

Selain itu, Embun pagi juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Karnival Sukan Harapan MASISWA ZON TENGAH 2008.Jadi, bagi kawan kawan yang tinggal sekitar Bandar Baru Bangi sama-samalh kita meriahkan Karnival yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Sunday, August 10, 2008

Stadium Nasional Bukit Jalil


Tahukan Anda!....untuk artikal kali ini Embun Pagi nak share a bit of information about our Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium Nasional Bukit Jalil ini merupakan pusat dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara. Embun Pagi rasa semua mengetahuinya kan. Bagi yang sudah mengetahunya xpe.mungkin ada sedikit maklumat tambahan yang u all akan dapat tahu dari blog ini. Stadium Nasional Bukit jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia .Selain itu tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton juga disediakan disediakan.
Untuk pengetahuan rakan-rakan semua stadium ini mampu menganjurkan dan juga digunakan untuk pelbagai kegunaan terutama sekali sebagai balapan bagi acara olahraga . Reka bentuk Stadium Nasional Bukit Jalil ini telah direka mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Olimpik serta mempunyai kemudahan padang dan trek. Antara sukan-sukan olahraga yang boleh dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini ialah, lari jauh berhalangan dan lompat air , lompat tinggi , lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing. Mengenai treknya pula, Stadium Nasional ini mempunyai Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter.Besar tu....
Pada Mac 1994 pembinaan Stadium Nasional dimulakan dengan kerja kerja penggalian untuk membentuk mangkuk dimulakan terlebih dahulu. Lebih kurang satu pertiga stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina untuk sementara waktu dan ia juga dibina pada tapak itu.Ia dibina bagi pembuatan komponen pratuang.
Pada tahun 1997, 100,000 tempat duduk dipasang ,dan penggunaan warna yang berlainan pada tempat duduk telah menyumbang kesan visual yang menarik apatah lagi jika stadium tidak digunakan..Sungguh cantik sekali permandangan tersebut.
Agak-agak apa nama rupa bentuk stadium ini? Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. 38,000 meter persegi stadium dilitupi oleh bumbung membran.
Selain itu, Untuk menyiarkan muzik dan pesanan Stadium Nasional menggunakan gabungan sistem bunyi yang dinamik. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.Betapa bertuah rakyat Malaysia, apatah lagi atlit-atlit yang hanya tinggal untuk memanfaatkan sahaja kemudahan kita yang telah disediakan oleh kerajaan ni.

Thursday, August 7, 2008

Kenali Esther Cheah



Gadis manis ini jika dipandang buat pertama kali agak biasa perawakannya, akan tetapi bila anda mengenali gadis ini dengan lebih dekat ataupun mengetahui sedikit sebanyak mengenai latar belakangnya, mungkin ramai yang agak teruja dengan kelebihan yang ada pada gadis ini. Beliau ialah Esther Cheah , Pemain Boling Muda Malaysia yang kini berusia 22 tahun. Eshter Cheah merupakan penuntut tahun 2 Pengkhususan Psikologi, Program Ijazah Amerika ,Kolej Damansara Utama, sudah mula mengorak langkah mencipta nama di arena bowling ini.Bermula dengan pingat gangsa, di Kejohanan Bowling Sekolah Asia dan juga tambahan dua pingat gangsa lagi bagi Sirkit Remaja Selangor pada tahun 2002, Esther Cheah terus mengorak langkah iaitu pada tahun 2004 muncul sebagai Naib Juara Remaja All Star. Tidak cukup dengan kejayaan itu Eshter Cheah terus mengorak langkah untuk memahat namanya didalam industri sukan tanah air dengan menyertai Kejohanan Bowling Wanita Dunia dan sekaligus muncul sebagai juara individu pada tahun 2005.Selain itu pada tahun yang sama , Eshter juga telah muncul sebagai juara bagi Kejohanan Bowling Terbuka Thailand.

Pada tahun 2006, anak jati Selangor ini, mewakili pasukan wanita Malaysia ke Sukan Asia Doha. Di Doha, Eshter Cheah telah memastikan 2 emas dan 3 perak dibawa pulang ke Malaysia.Pingat yang dibawa pulang ialah terdiri daripada kategori individu dan juga berkumpulan.Pada ketika itu dunia mula melihat kilauan dan bakat yang ada pada Eshter Cheah.

Selain bersukan , gadis manis ini juga mempunya kegemaran tersendiri. Eshter Cheah gemar mengisi masa lapang dengan dengan membaca komik(antaranya komik pedang setiawan).(dipetik dari majalah epg). Menurut Eshter dia tidak akan ketinggalan untuk membeli setiap keluaran komik tersebut.Selain itu menurut Eshter, dia mula meminati komik ekoran terikut-ikut dengan minat kedua-dua abangnya yang gemar membaca komik.

Begitulah sedikit sebanyak maklumat yang dapat embun pagi kongsi melalui pembacaan embun pagi dalam ruangan media sukan dan juga majalah epg. Apabila embun pagi mengetahui sedikit sebanyak mengenai kisah Eshter Cheah ni, dapat la embun pagi katakan minat yang mendalam amat penting la bagi seseorang untuk berjaya dalam sukan yang diceburi.bagi kawan-kawan yang lain macamane pula?