Saturday, November 22, 2008

Majlis Penghargaan "OC" MSR UniKL MFI





Kenangan Terindah

Sunday, November 2, 2008

Belasungkawa

Salam,

Tanggal 31 October, bersamaan 2 zulkaedah lebih kurang jam 6 petang, perginya seorang sahabat yang telah hampir dua tahun menaggung derita penyakit yang dihidapinya.Pada hari jumaat lepas, embun pagi dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang sahabat yang kini sedang menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPLI di Maktab Perguruan Kuala Terengganu. panggilan yang coveragenye agak terputus-putus dan apa yang sempat embun pagi dengar hanyalah sahabat yang bernama Hafizah berkata 'siti , aton masuk ICU!. Aton atau nama penuhnya Nor Aziatun Azama merupakan sahabatku yang telah disahkan menghidap kanser darah. Kebetulan hari tu Embun Pagi bercuti, saje ambil cuti nak rehatkan badan sebab sepanjang minggu tu ada event kat ofice. bile dah dengar berita tu embun pagi terus bersiap untuk ke HUKM untuk menjenguk sahabat yang dimaksudkan.Mungkin sahabat-sahabat yang pernah belajar di UiTM intake Disember 2000 (SR 111)kenal-kenal siapa yang embun pagi maksudkan.

Lebih Kurang jam 5 petang, embun pagi tiba di HUKM dan terus bergegas ke Unit Rawatan Rapi HUKM (2nd floor), berguguran airmata embun pagi bila melihat seorang sahabat yang dulunya jika ada yang mengenali, sememangnya amat periang, aktif dan peramah orangnya. lebih kurang 1/2 jam Embun pagi berada di HUKM, dugaan yang MAHA hebat terpaksa dilalui oleh si suami, ibu dan adik beradik apabila doktor mengesahkan bahawa sahabat yang telah lama menangung derita itu telah pergi menyahut seruan Ilahi. waktu itu Embun pagi berada dihujung kaki Arwah, air mata yang ingin mengalir, x termampu embun pagi tahan.seolah-olah bermimpi je rasanya.

Pun begitu perginya dengan cukup tenang dan wajahnya berseri sekali dipandang.Apapun, semoga engkau tenang disana, dan segala derita yang kau tanggung didunia ni dah berakhir.kepada semua pengunjung blog Embun Pagi, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.Al Fatihah untuk Allahyarhammah Nur Aziatun Azama.

Wassalam.
Embun Pagi