Sunday, October 26, 2008

Fiesta Atlit Lagenda Negara 2008


Salam,

Fiesta Atlit Lagenda Negara melabuhkan tirai.Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Fiesta Atlit Lagenda Negara 2008.Buat Pn Penasihat program, Pn Siti, terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi peluang dan ruang untuk mengadakan program seperti ini, dan tidak dilupakan juga Tn Pengarah Program, Tn Hj Aris Bachik yang sangat proaktif dalam menjayakan fiesta ini.

Berbalik kepada keputusan perlawanan persahabatan yang diadakan, Pasukan Veteran Malaysia yang turun menentang Pasukan Veteran UiTM Malaysia telah berjaya menjaringkan 6 gol berbalas 1.Pasukan Veteran Malaysia yang diketuai Zainal Abidin Hassan mendahului 2-1 dalam babak pertama sebelum menyumbat empat gol pada separuh masa kedua.

Disebalik perlawanan persahabatan ini, En Shaharudin Jaafar dan rakan-rakan berbasikal juga turut diundang dalam memeriahkan fiesta ini.Demonstrasi berbasikal juga turut dipersembahkan. Pun begitu, dalam menjayakan program ini, Jawatankuasa Fiesta Atlit Lagenda Negara juga turut mengundang dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Aman ,Seksyen 2 , Shah Alam , Jawatankuasa juga turut menyampaikan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Atlit Negara, Majlis Sukan Negara yang disampaikan sendiri kepada Pengarah Unit tersebut iaitu Pn Hjh Zaiton Bt Othman.

Apapun Tahniah buat semua yang menjayakan dan terima kasih diatas usaha murni yang dilakukan.

sekian.

EmbunPagi