Saturday, August 16, 2008

Karnival Sukan Harapan MASISWA Zon Tengah 2008(IPTS)

Salam Sukan untuk kawan-kawan semua.
Memandangkan kawan-kawan semua dah discuss about olimpik 2008,maka embun pagi akan masukkan isu bukan olimpik la pula. tapi walau apa pun demam tetap demam..demam Olimpik la katakan. Berbalik kepada tajuk pengisian embun pagi bagi minggu ini, maka disini nak diceritakanlah sedikit mengenai Karnival Sukan Harapan MASISWA (Majlis Sukan IPTS Malaysia) Zon Tengah 2008 .Sebenarnya untuk makluman kawan-kawan semua Karnival Sukan Harapan ini terbahagi kepada 3 zon iaitu zon Utara, zon selatan dan zon timur.

Karnival ini merupakan acara tahunan untuk siswa siswi IPTS disekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor, Selain itu Universiti Kuala Lumpur telah menyambut amanah dari Jabatan Pengajian Tinggi Sektor Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi bagi melaksanakan karnival ini dengan jayanya.Tujuan utama karnival ini diadakan ialah tidak lain dan tidak bukan untuk mengintegrasikan siswa yang terdiri daripada pelbagai kaum, melahirkan siswa yang positif, dan melahirkan masyarakat yang cergas dan berdaya saing.Karnival yang bertemakan "Satu Hati Satu Kejayaan" ini bakal diadakan di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute dan ia akan bermula pada 22 hingga 24 Ogos 2008.

Empat acara yang dipertandingkan dalam karnival tersebut ialah Futsal(L), Bola Tampar (L&W), Bola Jaring (W) dan juag Badminton berpasukan.

Disini dapat kita lihat usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak berwajib dalam melahirkan atlit diperingkat Universiti disamping melahirkan Mahasiswa yang Proaktif.

Cuma adalah embun pagi diharapkan agar Karnival Sukan ini akan dapat membantu mahasiswa menyerlahkan bakat yang ada dan paling penting membantu mengisi masa lapang mereka dari melakukan perkara-perkara yang berunsurkan negatif.

Selain itu, Embun pagi juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Karnival Sukan Harapan MASISWA ZON TENGAH 2008.Jadi, bagi kawan kawan yang tinggal sekitar Bandar Baru Bangi sama-samalh kita meriahkan Karnival yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

1 comment:

aN Deey said...

Salam Embun..,
Pada pandangan saya, Pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil satu pendekatan yang baik dimana telah menubuhkan MASISWA, kerna ia akan merapatkan hubungan silaturahim IPTS-IPTS diseluruh M'sia dengan aktiviti SUKAN.. Cuma saya ingin tahu, setelah tamatnya KSH ini, kemanakah JOHAN setiap acara ini akan pergi?? maksud saya, atlit yang berjaya akan mewakili mana selepas ini?