Wednesday, September 2, 2009

Baca X Paper hari ni...

Salam,

paper utusan hari ni ada diselitkan dengan satu kisah, bapa saudara yang umur 22 tahun tikam anak saudara yang sedang bermain dengan sepupu sepupunya...sedih nya baca berita tu..kisah ni berlaku kat gua musang, kenapa jadi mcm tu?..sebab pakcik dia yang umur 22 tahun ni penagih tegar (surat khabar cakap)...tahu apa makna penagih tegar?..kesian la..sampai hati pakcik dia buat macam tu..kalau anak saudara embun sendiri, usahkan kata nak pukul jentik pun xpernah (marah diaoang selalu la..sapa suruh degil sangat)

satu nasihat embun pada keluarga-keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang bermasalah..terutama penagih dadah..nak xnak..atau mahu tidak mahu mereka ni perlu diasingkan dari orang ramai..kenapa embun cakap demikian..mereka yang menjadi penagih tegar ni kadang-kadang bertidak diluar jangkaan kita..(bukan kadang-kadang...selalun pon)..bukan maksud embun mereka ni dipinggirkan tapi itu la sebaiknya...di tempat embun sendiri pernah seoarang anak sanggup mengacukan pisau pada ibunya..anak yang juga berjawatan tetap sebagai penagih.

Beringat sebelum kena..memang hidup mati ni Tuhan dah tentukan...segalanya dari DIA..tetapi...usaha perlu datang dari kita bukan untuk menolak takdir..tetapi langkah berjaga-jaga..

kalau ada yang xsetuju dengan pendapat embun, embun x kisah...pandangan masing2 kan..