Sunday, August 10, 2008

Stadium Nasional Bukit Jalil


Tahukan Anda!....untuk artikal kali ini Embun Pagi nak share a bit of information about our Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium Nasional Bukit Jalil ini merupakan pusat dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara. Embun Pagi rasa semua mengetahuinya kan. Bagi yang sudah mengetahunya xpe.mungkin ada sedikit maklumat tambahan yang u all akan dapat tahu dari blog ini. Stadium Nasional Bukit jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia .Selain itu tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton juga disediakan disediakan.
Untuk pengetahuan rakan-rakan semua stadium ini mampu menganjurkan dan juga digunakan untuk pelbagai kegunaan terutama sekali sebagai balapan bagi acara olahraga . Reka bentuk Stadium Nasional Bukit Jalil ini telah direka mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Olimpik serta mempunyai kemudahan padang dan trek. Antara sukan-sukan olahraga yang boleh dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini ialah, lari jauh berhalangan dan lompat air , lompat tinggi , lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing. Mengenai treknya pula, Stadium Nasional ini mempunyai Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter.Besar tu....
Pada Mac 1994 pembinaan Stadium Nasional dimulakan dengan kerja kerja penggalian untuk membentuk mangkuk dimulakan terlebih dahulu. Lebih kurang satu pertiga stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina untuk sementara waktu dan ia juga dibina pada tapak itu.Ia dibina bagi pembuatan komponen pratuang.
Pada tahun 1997, 100,000 tempat duduk dipasang ,dan penggunaan warna yang berlainan pada tempat duduk telah menyumbang kesan visual yang menarik apatah lagi jika stadium tidak digunakan..Sungguh cantik sekali permandangan tersebut.
Agak-agak apa nama rupa bentuk stadium ini? Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. 38,000 meter persegi stadium dilitupi oleh bumbung membran.
Selain itu, Untuk menyiarkan muzik dan pesanan Stadium Nasional menggunakan gabungan sistem bunyi yang dinamik. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.Betapa bertuah rakyat Malaysia, apatah lagi atlit-atlit yang hanya tinggal untuk memanfaatkan sahaja kemudahan kita yang telah disediakan oleh kerajaan ni.

7 comments:

SRMC - The Solution Resource said...

salam...
bila hati bicara mengenai stadium bukit Jalil, saya terasa terpanggil untuk memberi komen, yang mana di Malaysia kita mempunyai kemudahan yang canggih berbanding negara di Asian. Tetapi dimanakah atlit negara kita yang secanggih stadium yang kita bina. Stadium bertaraf dunia tetapi atlit Malaysia??? sepatutnya kita mengambil peluang dengan kemudahan frasarana yang canggih untuk melatih atlit yang canggih serta membuka mata dunia. Malaysia sepatutnya mencari dimanakah kelemahan kita sehingga kita gagal melahirkan atlit yang bertaraf dunia dan bukannya mencari jawatan bagi kemewahan individu.

ok setakat ini dahulu

aN Deey said...

Embum.. saya nak tahu berapakah kadar sewaan utk menggunakan stadium ini?? kalau harganya berpatutan, mungkin boleh dianjurkan FIESTA NOSTALGIA disini..

EmBuN PaGi said...

salam,

en andeey x abes-abes mengelirukan keadaan?...mentang-mentang kite tanya die,die tanya kite balik,untuk sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan nana aka azliyyana.sebab dia kerja sana.saya yakin dan pasti die akan menjawab soalan en andey.tapi ape pon, saya akan cuba usahakan jawapan tersebut. jangan bimbang en andey.(huhuhu)

aN Deey said...

Hmm... bukan hendak mengelirukan keadaan tp ingin kepastian.. ini kerna Stadium ini dibina bagi menghadapi Sukan Kamonwelth 1998.. dan bermakna kemudahan ini adalah yg terbaik dan juga diiktiraf di peringkat antarabangsa..

Soalan saya lg.., dah dpt ke harga sewaannya?

Sila jawab..

PeNa MaTa BuLaT said...

betul tu embun, pada pendapat saya stadium ini memang bertaraf antarabangsa tapi saya juga berharap agar satu hari nanti negara kita juga mempunyai atlit yang bertaraf antarabangsa dalam semua acara sukan dan barulah seiring dengan stadium nie...saya juga berharap satu ari nanti Malaysia bole menganjurkan Sukan Olimpik...

zepp said...

tk kisah la sebesar mana pn stadium bkt jalil tu timah oiii....tp yg memalukan soal rumput dulu..ingat tk perlawanan antara Malaysia dan MU?paling teruk padangnya kn? knplah pengurusan stadium tk prihatin dlm soal rumput....yg bertandang tu dr Negara luar..tp yg disediakan..tidak menepati..faham maksud sy?malu Negara kita..apa diharap pd besar stadium jer kan?yg penting..kemudahan tu..arios...salam

Amar said...

Setuju sangat dengan abang zepp kita tu, dengar khabor rumput yang digantikan pada satahun dua yang lalu macam dah nak layu...dari segi kemudahan memang boleh dipuji dan kita boleh sediakan tapi dari segi pengurusan dan penyelenggaraan pada itu ada sikit masalah...bukan padang saja tapi penyelengaraan kemudahan lain..tang itu kita masih lemah dan kena pi belajaq lagi dan praktikan...fikirkan la...