Thursday, September 25, 2008

Legenda Seangkatan Super Mokh

Salam Sukan Buat Semua,

Surat Khabar Utusan Hari ini ada memuatkan kisah Burhanudin Juned.

Mungkin ada yang tidak mengenali siapa burhanudin Juned.Beliau merupakan legenda dimana zaman kegemilangannya seangkatan dengan Allahyarham Mokhtar Dahari. Era 70 an dan 80 an merupakan era kegemilangan beliau dalam industri sukan tanah air. Hari ini dilaporkan beliau yang berumur 52 tahun kini terlantar di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) akibat penyakit saraf (motor neuron disease).Burhanudin yang juga merupakan bekas kakitangan PKNNS dimaklumkan telah terlantar sejak dua tahun dan akhir akhir ini telah bertambah tenat.walaubagaimanapun beliau kini semakin pulih dan kini ditempatkan di wad biasa.

Adalah amat diharapkan agar pihak berwajib mengambil tindakan sepatutnya dalam membantu keluarga burhanudin.

Sama-sam kita doakan agar Burhanudin Juned akan cepat pulih dan sihat seperti sediakala.

sekian.

Monday, September 22, 2008

Mohon Ampun & Maaf

Assalamualaikum,

Sempena lebaran yang menjelang tiba, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua rakan-rakan seperjuangan di Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam (E-PJJ). Tidak lupa juga ucapan selamat hari raya buat pensyarah-pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar terutama Pn Siti Aishah, Pn Rezian-na,En Sadek, Ustazah Norsiah, Prof Madya Hanafiah dan semua pensyarah yang tidak saya sebutkan nama disini.terima kasih diatas tunjuk ajar yang diberikan.

Kepada Ayahanda, Bonda serta keluarga tercinta Abg Long,Kak Mi, Kak Ma, Abg Ja, Abg Cik (serta keluarga masing2)adik-adikku, adik Yah, Adik Edi, dan Busu selamat hari raya diucapkan.

Ucapan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute, terutama sekali di Jabatan Hal Ehwal Mahasiswa iaitu En Hairon, Pn Suzi , En baktiar dan semua yang lain.

Disini sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua andai kata ada tersilap kata dan terkasar bahasa.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Wassalam.

Embun Pagi.

Saturday, September 20, 2008

Terlewat atau Tak Perasan atau Tak Tahu



Salam Sukan buat kawan-kawan semua,Isu terkini tapi xde la terkini sangat dua tiga h ari lepas je,

Pejam celik-pejam celik kita sudah menuju ke tahun 2009, sekejap sahaja rasanya masa berlalu kan? exam pun dah dekat...so scary...apepun tangungjawab perlu diteruskan (tanggungjawab apa lagi..belajo le ) berbalik kepada isu embun pagi minggu ini, bila kita bercakap mengenai tahun 2009 ni , tahukah anda apa yang mungkin terbayang di kotak fikiran atlit-atlit Malaysia dan juga di fikiran penggemar sukan tanahair? tidak lain dan tidak bukan Temasya ke 25 Sukan Sea 2009 yang mana ia dijadualkan akan berlangsung di Vientiane, Laos. embun pagi ada baca dari sumber BERNAMA , dikatakan kebanyakan negara Asean telah memberikan sumbangan kepada Laos .Ye la kan umum pun mengetahui, sekiranya negara-negara Asean bersepakat membantu Laos yang sememangnya menghadapi kesempitan wang. setidak-tidaknya dapat membantu Laos dalam membuat persediaan.Lagi pun Temasya ke 25 tersebut akan berlangsung pada 13 hingga 21 Disember 2009. (dah xlama pun masa nya kan?)

Tetapi dalam pada kesibukan tuan rumah membuat persediaan timbul satu isu yang mana dikatakan Malaysia telah tercicir daripada senarai penyumbang.Apa yang berlaku sebenarnya? dan untuk makluman sempena Sukan Sea Laos ini, kebanyakan negara Asean telah menghulurkan bantuan kepada tuan rumah dalam bentuk wang tunai atau peralatan.

dan setelah ditanya pada pihak yang dirasakan ada kaitan maka ini jawapan yang diberikan oleh Setiausaha kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi semasa dihubungi BERNAMA "Di pihak Malaysia, siapa yang patut mengambil inisiatif untuk membantu Laos? Kementerian Belia dan Sukan? Majlis Olimpik Malaysia? (MOM) atau Kok Chi?" walaubagaimanapun, DAtuk Sieh Kok Chi memaklumkan Kementerian Sukan Laos telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia awal tahun lepas mengenai kerjasama bagi sukan itu tetapi sejak itu tiada susulan.

Selain itu sekadar untuk makluman , difahamkan Vietnam telah menawrkan kepakaran dalam teknologi maklumat (IT) termasuk memasang peralatan elektronik baru di stadium bola sepak dan stadium tertutup Laos yang baru dibina.Xcukup dengan itu Vietnam juga dikatakan berjanji untuk membantu Laos untuk membina perkampungan atlet di Viantiane.Tidak lupa Thailand juga menawarkan bantuan kawalan doping serta RM 10 juta untuk aktiviti pengubahsuian.Banyak juga mereka menyumbang ye?

Maknanya kita tidak ada satu mekanisme yang yang jelas untuk mengambil inisitif dalam membantu Laos.Sebab itu la nama Malaysia tercicir dari senarai penyumbang.jadi persoalannya adakah kita terlewat atau tak perasan ataupun tak tahu apa yang perlu kita lakukan sebenarnya.Ini kerana Sukan Sea bukan kali pertama diadakan? sekarang bukan masa nak mencari silap siapa tapi mekanisme yang perlu patut diwujudkan bagi mengelakkan keadaan seperti ini berulang lagi.

Pihak berwajib juga patut duduk semeja bagi membincangkan apa yang patut dibuat kerana mekanisme yang bakal diwujudkan mungkin akan turut membantu negara dalam menghadapi maslah-masalah mendatang.

Bagi rakan-rakan yang ada pandangan mengenai mekanisme yang sepatutnya wujud, boleh lah berkongsi diruangan ini.

Sekian Buat kali ini.
Embun Pagi

Wednesday, September 10, 2008

Drift......Sukan Ekstrem




Salam Ramadhan & Salam Sukan Buat Semua bloggers,

Untuk minggu ini embun pagi akan kongsikan sedikit maklumat mengenai sukan yang agak baru juga di Malaysia (baru tu x le baru sangat). cuma apa yang hendak dikongsikan ialah sekarang dalam televisyen banyak juga drama-drama , filem-filem yang memaparkan cerita berlatar belakangkan sukan drift ini.dan memang diakui ia kini telah mula mendapat tempat dihati anak muda kini..walaupun sambutan yang diberikan tidak la sehebat sukan permotoran yang sedia ada.Sebabnya sukan ni agak lain daripada sukan yang permotoran yang lain.Ia juga tergolong dalam kategori sukan ekstrem. Mengapa ia dikatakan lain dari sukan permotoran yang sedia ada? jika di bandingkan dengan kereta lumba , ia banyak memberi fokus kepada teknik pemanduan dan harus bersaing dari segi kepantasan, manakala sukan drift menjurus kepada skil serta cara kita mempraktikkan kebolehan dalam rutin pemanduan.

Bercakap pula tentang kereta yang digunakan untuk sukan ini, ada beberapa jenis kereta yang sesuai untuk digunakan. Antaranya bagi yang baru nak belajar berjinak dengan sukan ini,kereta yg sesuai untuk belajar teknik Drift ialah Toyota Levin AE86,yang katanya berharga lebih kuarang 50k (uiyooo)ataupun Toyota GL(KE70),dimana embun pagi ada baca dalam beberapa blog penggiat sukan drift dan mereka mengatakan cesis bagi dua jenis kereta tersebut adalah sama..hmmmmm...selain itu dalam ruangan forum mereka juga ada dinyatakan beberapa jenis kereta yang juga boleh digunakan iaitu model Cefiro,Lancer,Datsun 120Y,Mazda RX7,Skyline dan sebagainya...asalkan pacuan belakang..ada juga kereta pacuan depan diubahsuai untuk tujuan Drift .

Selain itu melalui forum seorang penggiat, dia memberitahu sedikit asas untuk belajar Drift dalam forumnya tapi untuk pengetahuan Drift mustahil untuk dipelajari secara teori.dan kalau ikut cara asas yang diberitahu adalah seperti agak susah dan agak ngeri.(bagi yang baru nak belajar la kot..tapi kalau dah terer xde la erti ngeri tu...mungkin)

Mungkin ramai yang tidak mengetahui Malaysia sendiri mempunyai satu nama yang agak besar dalam sukan drift ini. jika disebut nama Tengku Djan Ley Tengku Tan Sri Mahaleel...ia sememangnya sudah tidak asing lagi bagi penggiat dan peminat sukan ekstrem ini.Bakatnya yang telah diiktiraf dunia apabila muncul lima peserta terbaik kejohanan D1Grand Prix 2006 World All-Star di Irwindale Speedway, California, AS. Kejohanan ini menghimpunkan lebih 30 pemandu drift terbaik dari seluruh dunia.

Secara kesimpulannya untuk menjinakkan diri dalam sukan ekstrem ini, ianya nak xnak perlu bermula dengan kos dan apabila dah dapat menempa nama, penggiat tidak perlu bimbang kerana bantuan penajaan akan diterima.(kalau terer dan betul-betul berusaha)

Jadi kepada yang berminat , tunggu apa lagi...

sekian.

Thursday, September 4, 2008

Pelapis...



Salam Ramadhan buat rakan-rakan yang beragama islam dan Salam Sejahtera buat yang bukan beragama islam,

Artikel kali ni bukan la satu isu baru , dalam kata lain isu lepas la kan, merujuk balik kepada tajuk embun pagi kat atas tu, Pelapis....bukan Palapes mahupun kuih lapis. Untuk makluman semua,Bahagian Sukan , Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha ke arah penganjuran Sukan Universiti Asean telah mengadakan Kem Pemantapan Atlit dan semestinya melibatkan atlit-atlit yang datangnya dari pelbagai Universiti di Malaysia.Kem yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi ini sebenarnya bertujuan untuk melatih dan membentuk atlit yang berdaya tahan, mempunyai daya pemikiran yang jitu, dan pada masa yang sama mampu menyusun strategi apabila diperlukan.Kem Pemantapan ini dibahagikan kepada beberapa fasa dan telah bermula pada Jun 2008 manakala akan berakhir pada November 2008.sebab apa berakhir pada bulan November? sebab bulan Disember kejohanan dah berlangsung...Kejohanan Sukan Universiti Asean ini akan berlangsung pada 11 hingga 21 Disember 2008 bertempat di Kuala Lumpur dan kebanyakannya akan berlangsung di Bukit Jalil.

Lebih kurang 300 atlit akan terlibat dengan Kem Pemantapan tersebut.(ramai juga ye..bajet pun besar la ye untuk mereka ni.demi memartabatkan industri sukan tanah air).

Bagi embun pagi, amat bagus sekali langkah yang diambil oleh Bahagian Sukan Kementerian Pengajian tinggi, mana taknye..kebanyakan pengisian Kem Pemantapan ini menjurus kepada melatih mereka untuk menguatkan minda dalam mengatasi lawan yang bertaraf antarabangsa dan , justeru itu Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Sukan Universiti (MASUM) dilihat amat bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menghadapi Kejohanan Sukan Universiti Asean Kali Ke 14 ini.

Apa yang diharapkan, atlit-atlit yang secara tidak langsung menjadi pelapis kepada industri sukan tanah air ini mengambil peluang yang ada untuk menaikkan dan mengharumkan nama negara.Ruang dan harapan telah diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi,yang tinggal cuma usaha daripada atlit (pelapis) ini yang amat diharapkan oleh semua pihak.

Akhir kata buat atlit yang bakal beraksi di Kejohanan Sukan Universiti Asean nanti, semoga anda semua beroleh kejayaan dan bersama sama kita hayati bait-bait dibawah:(dah lama x dengar lagu ni)

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

sekian untuk ketika ini.
Wassalam.