Tuesday, August 26, 2008

Mohd Raduan Emeari Sahut Cabaran Sukan Paralimpik Beijing 2008


Salam Sejahtera buat semua,

Kawan-kawan pernah dengar tak nama Mohd Raduan Emeari , nama ini sudah tidak asing lagi bagi penggemar sukan olahraga tanah air,dan bagi yang masih belum mengetahui siapakah dia yang sebenarnya,jom ikuti sedikit perkembangan Mohd Raduan Emeari. Beliau merupakan atlit OKU yang bakal membawa negara ke persada dunia dalam acara olahraga,Walaupun Mohd Raduan baru sahaja pulih dari kecederaan tumit, dapat dilihat semangat yang ada pada dia sangat tinggi dalam menjulang nama negara.selain itu untuk makluman semua ,Paralimpik ke 13 Beijing 2008 akan berlangsung pada bulan Ramadhan.Bagi Mohd Raduan dia tidak mempunyai masalah walaupun terpaksa berjuang sewaktu bulan Ramadhan.Pencapaian terbaru Mohd Raduan sebelum ke Beijing bulan hadapan ialah dia pernah memenangi Pingat Emas semasa temasya sukan Sea di Korat baru-baru ini. Mohd Raduan merangkul pingat emas bagi acara 100m- T36 dengan catatan masa 12.69 saat.Bagi Paralimpik Beijing 2008, Mohd Raduan merupakan atlit yang berprospek tinggi untuk meraih sekurang - kurangnya gangsa semasa temasya itu diadakan nanti.Semoga Mohd Raduan berjaya dan mencapai apa yang dicita-citakannya.

Untuk makluman semua, Mohd Raduan dan kontingen Malaysia akan berlepas ke Beijing pada 31 Ogos dan buat Mohd Raduan serta semua atlit yang terlibat dan bakal mengharumkan nama negara, doa dari rakyat malaysia akan mengiringi perjuangan anda semua.Semoga berjaya.

6 comments:

zahari ismail said...

Cayalah embun rupanya ada juga atlit kita yang power macm dia, rasa mcm pernah tengok M. Raduan ni, tapi tak expose mcm atlit-atlit normal yang lain. Walaupun serba kekurangan, dia tetap mempunyai satu cita-cita yang sama iaitu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Adios....

SRMC - The Solution Resource said...

Salam,

Sekarang ni, atlit OKU yang menonjol tapi imbuhan tidak setimpal Kenapa??? adakah kerana mereka OKU ataupun mereka ini sekadar di pinggiran.... Kita lihat balik mereka juga mengharumkan nama malaysia sama seperti atlit malaysia yang lain... fikirlah sendiri...

K_real

aN Deey said...

Salam.. k_real... setahu saya habuan yg diberikan adalah sama dgn atlit normal.(bedasarkan pengalaman bekerja dgn JBS dulu kala..) tp sekarang ni tak pasti laa... kena tanya ngan kengkawan yg keje ngan KBS laa..

teamtact said...

salam rekreasi...

saya setuju sangat la dengan k_real tu.... setelah melibatkan diri sebagai volunteer dalam beberapa acara sukan tesmasuk OKU... memang jelas semangat atlit oku juga setanding dengan atlit-atlit normal yang lain. malah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan atlit oku ini lebih bersemangat dari sesetengah atlit normal yang berprofile tyinggi di negara kita.

EmBuN PaGi said...

Salam Ramadhan Buat kawan-Kawan Semua...

Benar,semangat mereka tidak ada tolok bandingnya...kejayaan mereka ni sebenarnya besar, cuma mereka kurang ditonjolkan....siapa yang sepatutnya tonjolkan mereka???.dalam kata lain mereka juga perlukan publisiti macam atlit normal.
kan?

Unknown said...

Baru lps isi minyak kat bhp kuala selangor. Bangga jg raduan emeari yg isikan. Tp sedih dgr luahan hati dia.