Thursday, August 7, 2008

Kenali Esther Cheah



Gadis manis ini jika dipandang buat pertama kali agak biasa perawakannya, akan tetapi bila anda mengenali gadis ini dengan lebih dekat ataupun mengetahui sedikit sebanyak mengenai latar belakangnya, mungkin ramai yang agak teruja dengan kelebihan yang ada pada gadis ini. Beliau ialah Esther Cheah , Pemain Boling Muda Malaysia yang kini berusia 22 tahun. Eshter Cheah merupakan penuntut tahun 2 Pengkhususan Psikologi, Program Ijazah Amerika ,Kolej Damansara Utama, sudah mula mengorak langkah mencipta nama di arena bowling ini.Bermula dengan pingat gangsa, di Kejohanan Bowling Sekolah Asia dan juga tambahan dua pingat gangsa lagi bagi Sirkit Remaja Selangor pada tahun 2002, Esther Cheah terus mengorak langkah iaitu pada tahun 2004 muncul sebagai Naib Juara Remaja All Star. Tidak cukup dengan kejayaan itu Eshter Cheah terus mengorak langkah untuk memahat namanya didalam industri sukan tanah air dengan menyertai Kejohanan Bowling Wanita Dunia dan sekaligus muncul sebagai juara individu pada tahun 2005.Selain itu pada tahun yang sama , Eshter juga telah muncul sebagai juara bagi Kejohanan Bowling Terbuka Thailand.

Pada tahun 2006, anak jati Selangor ini, mewakili pasukan wanita Malaysia ke Sukan Asia Doha. Di Doha, Eshter Cheah telah memastikan 2 emas dan 3 perak dibawa pulang ke Malaysia.Pingat yang dibawa pulang ialah terdiri daripada kategori individu dan juga berkumpulan.Pada ketika itu dunia mula melihat kilauan dan bakat yang ada pada Eshter Cheah.

Selain bersukan , gadis manis ini juga mempunya kegemaran tersendiri. Eshter Cheah gemar mengisi masa lapang dengan dengan membaca komik(antaranya komik pedang setiawan).(dipetik dari majalah epg). Menurut Eshter dia tidak akan ketinggalan untuk membeli setiap keluaran komik tersebut.Selain itu menurut Eshter, dia mula meminati komik ekoran terikut-ikut dengan minat kedua-dua abangnya yang gemar membaca komik.

Begitulah sedikit sebanyak maklumat yang dapat embun pagi kongsi melalui pembacaan embun pagi dalam ruangan media sukan dan juga majalah epg. Apabila embun pagi mengetahui sedikit sebanyak mengenai kisah Eshter Cheah ni, dapat la embun pagi katakan minat yang mendalam amat penting la bagi seseorang untuk berjaya dalam sukan yang diceburi.bagi kawan-kawan yang lain macamane pula?

3 comments:

aN Deey said...

Embum..hehee.. kesungguhan seseorang dlm ape jua bidang yg diceburi bukan shj sukan.. ini juga dapat dilihat dlm kontek pembelajaran.. Jika seseorang itu ingin cemerlang dlm akedamik, mereka haruslah bersungguh- sungguh belajar kerna menuntut ilmu itu tiada kesudahannya..

EmBuN PaGi said...

Salam, an deey,

Timo kasih bebanyak sobab respond den punyo article ni,

betul la apa yang an deey kate tu, x mudah nak berjaya dalam hidup ni, dalam apa juga kehendak kita perlu disertakan dengan kesungguhan dan doa. di usia semuda Eshter Cheah ni, dia dah berjaya memahat nama dia dalam arena sukan tanah air ni.

aiShaH said...

Pada pendapat saya, kesungguhan, minat dan displin amat penting untuk berjaya tak kira dalam apa-apa bidang sekali pun..