Thursday, September 4, 2008

Pelapis...



Salam Ramadhan buat rakan-rakan yang beragama islam dan Salam Sejahtera buat yang bukan beragama islam,

Artikel kali ni bukan la satu isu baru , dalam kata lain isu lepas la kan, merujuk balik kepada tajuk embun pagi kat atas tu, Pelapis....bukan Palapes mahupun kuih lapis. Untuk makluman semua,Bahagian Sukan , Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha ke arah penganjuran Sukan Universiti Asean telah mengadakan Kem Pemantapan Atlit dan semestinya melibatkan atlit-atlit yang datangnya dari pelbagai Universiti di Malaysia.Kem yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi ini sebenarnya bertujuan untuk melatih dan membentuk atlit yang berdaya tahan, mempunyai daya pemikiran yang jitu, dan pada masa yang sama mampu menyusun strategi apabila diperlukan.Kem Pemantapan ini dibahagikan kepada beberapa fasa dan telah bermula pada Jun 2008 manakala akan berakhir pada November 2008.sebab apa berakhir pada bulan November? sebab bulan Disember kejohanan dah berlangsung...Kejohanan Sukan Universiti Asean ini akan berlangsung pada 11 hingga 21 Disember 2008 bertempat di Kuala Lumpur dan kebanyakannya akan berlangsung di Bukit Jalil.

Lebih kurang 300 atlit akan terlibat dengan Kem Pemantapan tersebut.(ramai juga ye..bajet pun besar la ye untuk mereka ni.demi memartabatkan industri sukan tanah air).

Bagi embun pagi, amat bagus sekali langkah yang diambil oleh Bahagian Sukan Kementerian Pengajian tinggi, mana taknye..kebanyakan pengisian Kem Pemantapan ini menjurus kepada melatih mereka untuk menguatkan minda dalam mengatasi lawan yang bertaraf antarabangsa dan , justeru itu Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Sukan Universiti (MASUM) dilihat amat bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menghadapi Kejohanan Sukan Universiti Asean Kali Ke 14 ini.

Apa yang diharapkan, atlit-atlit yang secara tidak langsung menjadi pelapis kepada industri sukan tanah air ini mengambil peluang yang ada untuk menaikkan dan mengharumkan nama negara.Ruang dan harapan telah diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi,yang tinggal cuma usaha daripada atlit (pelapis) ini yang amat diharapkan oleh semua pihak.

Akhir kata buat atlit yang bakal beraksi di Kejohanan Sukan Universiti Asean nanti, semoga anda semua beroleh kejayaan dan bersama sama kita hayati bait-bait dibawah:(dah lama x dengar lagu ni)

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

sekian untuk ketika ini.
Wassalam.

No comments: