Wednesday, September 10, 2008

Drift......Sukan Ekstrem




Salam Ramadhan & Salam Sukan Buat Semua bloggers,

Untuk minggu ini embun pagi akan kongsikan sedikit maklumat mengenai sukan yang agak baru juga di Malaysia (baru tu x le baru sangat). cuma apa yang hendak dikongsikan ialah sekarang dalam televisyen banyak juga drama-drama , filem-filem yang memaparkan cerita berlatar belakangkan sukan drift ini.dan memang diakui ia kini telah mula mendapat tempat dihati anak muda kini..walaupun sambutan yang diberikan tidak la sehebat sukan permotoran yang sedia ada.Sebabnya sukan ni agak lain daripada sukan yang permotoran yang lain.Ia juga tergolong dalam kategori sukan ekstrem. Mengapa ia dikatakan lain dari sukan permotoran yang sedia ada? jika di bandingkan dengan kereta lumba , ia banyak memberi fokus kepada teknik pemanduan dan harus bersaing dari segi kepantasan, manakala sukan drift menjurus kepada skil serta cara kita mempraktikkan kebolehan dalam rutin pemanduan.

Bercakap pula tentang kereta yang digunakan untuk sukan ini, ada beberapa jenis kereta yang sesuai untuk digunakan. Antaranya bagi yang baru nak belajar berjinak dengan sukan ini,kereta yg sesuai untuk belajar teknik Drift ialah Toyota Levin AE86,yang katanya berharga lebih kuarang 50k (uiyooo)ataupun Toyota GL(KE70),dimana embun pagi ada baca dalam beberapa blog penggiat sukan drift dan mereka mengatakan cesis bagi dua jenis kereta tersebut adalah sama..hmmmmm...selain itu dalam ruangan forum mereka juga ada dinyatakan beberapa jenis kereta yang juga boleh digunakan iaitu model Cefiro,Lancer,Datsun 120Y,Mazda RX7,Skyline dan sebagainya...asalkan pacuan belakang..ada juga kereta pacuan depan diubahsuai untuk tujuan Drift .

Selain itu melalui forum seorang penggiat, dia memberitahu sedikit asas untuk belajar Drift dalam forumnya tapi untuk pengetahuan Drift mustahil untuk dipelajari secara teori.dan kalau ikut cara asas yang diberitahu adalah seperti agak susah dan agak ngeri.(bagi yang baru nak belajar la kot..tapi kalau dah terer xde la erti ngeri tu...mungkin)

Mungkin ramai yang tidak mengetahui Malaysia sendiri mempunyai satu nama yang agak besar dalam sukan drift ini. jika disebut nama Tengku Djan Ley Tengku Tan Sri Mahaleel...ia sememangnya sudah tidak asing lagi bagi penggiat dan peminat sukan ekstrem ini.Bakatnya yang telah diiktiraf dunia apabila muncul lima peserta terbaik kejohanan D1Grand Prix 2006 World All-Star di Irwindale Speedway, California, AS. Kejohanan ini menghimpunkan lebih 30 pemandu drift terbaik dari seluruh dunia.

Secara kesimpulannya untuk menjinakkan diri dalam sukan ekstrem ini, ianya nak xnak perlu bermula dengan kos dan apabila dah dapat menempa nama, penggiat tidak perlu bimbang kerana bantuan penajaan akan diterima.(kalau terer dan betul-betul berusaha)

Jadi kepada yang berminat , tunggu apa lagi...

sekian.

5 comments:

JAI said...

pada pandangan ambo..sukan drift ini memang menggalakkan tetapi kosnya agak tinggi untuk diceburi..namun bak kata pepatah..nak ngan taka nak jer...salamzzz.

zahari ismail said...

kawe pun rasa mace gitu jugok sebabnye org yang tak tau nak buang duit tu kat mana bolehlah involve dgn sukan ni. Cik embun buleh komen ko sikit?

EmBuN PaGi said...

Salam, en jai dan en zahari embong...wahahah..betul la sukan drif ni kalau ditanya pada yang masih belum berjinak mahal katanya kos sukan ni...kalau ditanay pada yang dah memang terjebak dengan sukan nih...kosnya xde la tinggi sangat....macam mane tuh...tetapi kalau ditanya embun pagi memang embun pagi kata kos untuk ceburkan diri dalam sukan ni agak tinggi (mahal la maksudnya)....sebab kalau ikut pembacaan embun pagi, kebanyakannya perlu bermula dengan kos yag lebih dari 10 ribu...memandangkan banyak yg mengatakan kos nya tinggi, baik en jai dgn en zahari kumpul setem lagi bagus as your hobby...xde la nak keluar modal sangat...kan?embun pagi pun kumpul syiling satu sen je sbgai hobi..heheheh
sekian.
jgn mare en jai& en zahari embong.

EmBuN PaGi said...

tapi sekarang dah xjumpa syiling satu sen..kena tukar pada hoby lain la lak.

sekian
embun pagi

Edyhartonohrm said...

Hai bang,mcm mne cara nak main drift..
Sb sye minat pada drift Tpi x pandai nak main..blh x abg tlg ajar kan sye