Thursday, July 31, 2008

Semarak Olimpik.....Roslinda Samsu Dapat Tiupan Semangat Dari Bekas Jaguh



Debaran makin dirasakan,Gementar makin menjalar, Semangat pula , semakin ditiup semakin berkobar-kobar jadinya.Mungkin itulah dan sememangnya itulah situasi atlit malaysia dalam menghitung hari demi hari dan detik-demi detik untuk berjuang demi menjulang dan memartabatkan nama Malaysia dimata dunia.
Didalam kesibukan atlit olahraga negara ROSLINDA SAMSU melakukan persedian terakhir ,beliau amat bertuah sekali apabila mendapat tiupan semangat dari bekas jaguh pecut negara. Jaguh yang dimaksudkan ialah Mejar Jeneral (B) Shahrudin Mohd. Ali, bekas jaguh pecut negara dalam acara 100 dan 200 meter di Rome, 1960.Mejar Jeneral (B) Shahrudin Mohd. Ali telah dijemput oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk .Selain memberi kata semangat kepada atlit olahraga Malaysia ke sukan Olimpik itu ROSLINDA SAMSU tidak ketinggalan juga mana-mana atlit yang bakal mewakili malaysia juga dinasihatkan agar melupakan dahulu buat sementara waktu mengenai insentif sebaliknya mengutamakan dahulu misi negara ke Olimpik 2008.
ROSLINDA SAMSU amat mengharapkan prestasinya akan memuncak di beijing nanti.Ini kerana menurut ROSLINDA sendiri dia masih menunggu peluang terbaik untuk kemuncak prestasinya manakala beijing 2008 sebagai sasaran perjuangan karier bagi ROSLINDA.Semoga tujuh batang galah yang akan dibawa oleh ROSLINDA ke Beijing nanti akan memberikan sedikit sebanyak tuah dalam membantu perjuangan ROSLINDA.

Semoga Berjaya Buat ROSLINDA SAMSU.

4 comments:

aN Deey said...

Salam Embum.., tajuk post utk kali ini agak menarik.. tetapi intipati ceritanya agak mengelirukan dan sukar difahami.. itu lah komen dari saya..
tq!

EmBuN PaGi said...

Salam...

Salam an deey, xpe terima kasih en andeey, sudah ku agak en en an deey akan keliru sebab riak wajah en andeey pun dah mengelirukan (wakakakaka)sebenarnya embun pagi not embum ar...asyik embum je,salah tu..sebenarnya nak cite pasal roslinda samsu ni sekali la masuk pasal kisah ex atlit kita,tu je..sebab mungkin ramai yang xkenal olimpian rome ni..xpe nanti embun pagi edit lagi agar en andeey dapat memahami apa yang embun pagi nak bgtau.for kawan-kawan yang lain kalau ada ape2 kekeliruan just let me know ok...
tq

aiShaH said...

Salam
Setiap pemain perlu diberikan kata-kata semangat.. kerana masa inilah perang psikologi akan bermula.. sama ada atlit berjaya menempuhinya atau tidak

aN Deey said...

Saya rasa selain daripada suntikan kata- kata semangat dari bekas Jagoan negara, mental atlit itu sendiri mestilah kuat dan sentiasa fokus untuk melakukan yg terbaik walau kejohanan apa sekalipun..