Thursday, July 24, 2008

-DaNiEl BeGo-


-Daniel William Henry Bego-

Atlet renang negara menguasai anugerah Olimpian Terbaik 2007 apabila Daniel William Henry Bego dalam kategori lelaki ataupun lebih dikenali sebagai Daniel Bego telah dinobatkan sebagai Olimpian Terbaik 2007.Daniel Bego perenang kelahiran Miri, Sarawak kini berada pada prestasi terbaik setelah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing di China dalam tiga acara iaitu 100 dan 200 meter kuak kupu-kupu serta 200m gaya bebas pada Ogos depan.Malah pada Sukan SEA di Korat, Thailand tahun lepas Bego berjaya merangkul dua pingat emas dalam acara 100m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas dengan memecahkan rekod kejohanan.

Siapakah sebenarnya anak muda ini?Dua kuakan emas ketika memperagakan kelibat di temasya Sukan Sea XXIV di Korat, baru-baru ini menjulang Daniel Bego selaku pesaing utama kepada atlit ekuestrian negara, Qabil Ambak untuk perebutan anugerah Olympian 2007.


Anugerah Olimpian Terbaik tahunan yang kini memasuki edisi ke-15 bertujuan untuk memberi penghargaan kepada atlet yang meraih emas dalam sukan dan pada tahun ini pencapaian Sukan SEA dan prestasi semasa diambil kira.Dalam Anugerah ini Daniel Bego telah berjaya merangkul trofi dan wang tunai RM10,000 daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan di Arena Sukan Tertutup Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

.

8 comments:

shamsiahjaafar said...

Salam Siti,

Pada pendapat saya, orang muda di Sabah dan Sarawak ini memang berbakat dalam renang sebab saya rasa mereka di sana banyak sungai untuk mereka boleh belajar berenang dan saya rasa mungkin budaya mereka yang memang suka berenang. Oleh itu, bidang sukan renang ini banyak dipelopori oleh atlet dari Sabah dan Sarawak.

Kalau di Semenanjung pula bagaimana? Maksud saya bagaimana kita nak galakkan mereka supaya aktif dalam bidang sukan renang ini?

Bagi pendapat saya pula, saya rasa kita perlu wujudkan lebih banyak kemudahan kolam renang bagi menggalakkan mereka untuk belajar renang dari kanak-kanak lagi. Selain itu, saya rasa peranan ibu bapa juga penting untuk beri dorongan dan galakkan kepada anak-anak mereka untuk belajar berenang.

Ok la saya rasa itu saja dulu komen dari saya... Komen anda bagaimana?

Terima kasih.

EmBuN PaGi said...

Salam, terima kasih diatas pandangan membina yang diberikan.Betul la tu, mungkin faktor persekitaran yang membuatkan ramai perenang dihasilkan di sebelah sabah dan sarawak.Ye la kan, sebelah semenanjung ni kemudahan renang agak terhad dan kat sabah n sarawak ni sebab dieoang semua da terbiasa dengan sungai.Aktiviti harian mereka banyak juga yang masih menggunakan jalan air, so maybe nak, xnak they must learn how to swim...

Ape pun, thanks again for your comment and suggestion.

aiShaH said...

Mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak nie mmg bagus-bagus belaka.. Mungkinkah keadaan persekitaran mereka menjadikan mereka atlit yg baik??? Banyak kajian diperlukan..

SRMC - The Solution Resource said...

Salam..
Pada pandangan saya, Denial Bego mempunyai semangat juang dan disiplin yang amat tinggi. Didalam acara apapun, semangat, dan disiplin serta keinginan menaikkan nama negara amatlah penting untuk berjaya. Kita dapat melihat contohnya negara seperti Jepun, Korea dan negara di Asia boleh berjaya apabila mereka mempunyai semangat untuk menaikkan nama negara walaupun habuan yang menanti belum pasti.

Itu saja komen dari saya

aN Deey said...

Salam..

Kita patut berbangga dengan pencapaian anak watan ini.. tetapi persoalan saya adakah kita mempunyai pelapis untuk menggantikan "Si Bego" ini.. kita harus melihat perkara ini dengan serious..demi mengangkat nama Malaysia ke mata dunia dalam arena sukan.. Malaysia Boleh!!

Mohamad Nizam Ismail said...

Assalamualaikum....

Tidak dinafikan pada masa ini, sukan renang dimonopoli oleh perenang2 daripada Sabah dan sarawak. Walupun begitu, bukan sedikit perenang2 kebangsaan kita datang dari Semenanjung seperti Penang dan Selangor. Dilihat drpd senario ini, saya lebih fokus kepada sistem dan program latihan itu sendiri daripada budaya berenang dan sungai yang banyak. Jika seseorang itu mempunyai bakat semulajadi yang hebat, kalau tidak digilap, bakatnya tidak ke mana dan hilang ditelan Bujang Senang. Contohnya perenang2 di Selangor ini sendiri, program yang disusun oleh MSN Negeri amat teratur dengan mengimport 2 jurulatih dr China untuk melatih bakat sekitar usia 12 thn ke bawah. Disokong pula oleh kesungguhan ibu bapa untuk melihat anak2 mereka berjaya dalam bidang sukan yang popular ini. Jika ada kelapangan, sedara sedari boleh melihat program2 yang diatur dan berjalan di Pusat Akuatik Seksyen 12. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh MSN Selangor ini lah yang amat kita perlukan untuk melahirkan generasi sukan yang cemerlang di negara kita. Sekian..terima kasih, ada masa kita bercoret-coret lagi.

EmBuN PaGi said...

Salam,
Tepat sekali apa yang diperkatakan saudara nizam, umum pun mengetahui betapa MSN Selangor aktif dan tidak berdiam diri sahaja dalam melahirkan pelapis-pelapis renang ni, tidak dapat dinafikan lagi akan keadaan itu. Cuma sejauh mana perginya pelapis kita ini yang perlu kita soroti...kalau diertikan akan kesungguhan MSN Selangor ini, tidak mustahil suatu masa nanti MSN Selangor akan dapat melahirkan perenang yang setaraf ataupun lebih hebat dari Daniel Bego.Terima Kasih atas perkongsian maklumat dari rakan-rakan semua

Sekian.

Amar said...

Bagi saya untuk melahirkan perenang berbakat seperti Daniel William Henry Bego bukan mudah..biasanya ia didedahkan semasa mereka masih kecil sebelum sekolah lagi...so terserah kepada kita sebagai ibubapa sekarang ni dan ibubapa yang lain...bersediakah kita unutk hantar anak kita menyertai kelab-kelab renang yang ada...sepanjang pengetahuan saya tidak banyak kelab renag unutk anak-anak melayu ni..kalu adapun tak berapa ramai keahliannya....
sanggupkah kita buat pelaburan untuk anak0anak kita dalam bidang sukan..

fikir-fikirkan ...gerimis senja