Sunday, August 24, 2008

CaPoEiRa ...SuKaN SeNi


Salam,

Kawan-kawan semua pernah dengar tak mengenai sukan ni 'capoeira'..sukan seni yang agak baru bg embun pagi.dan embun pagi pasti ia juga agak baru untuk kawan-kawan semua.Untuk makluman semua,.Capoeira merupakan merupakan sebuah olah raga bela diri yang telah dikembangkan oleh masyarakat Afrika di Brasil pada sekitar tahun 1500-an. Yang paling menarik ,gerakan dalam capoeira menyerupai tarian dan bertitik berat pada tendangan. kalau kawan-kawan pernah lihat sukan seni ni, gerakannya begitu indah sekali tapi amat padu tendangannya. Dengan gerakan yang begitu dinamik ini ada juga dimasukkan unsur-unsur akrobatik sehingga ia menghasilkan gerakan yang begitu sempurna. dan kalau diguanakn untuk lawan musuh ia juga boleh mematikan musuh tersebut.

Embun pagi rasa amat teruja sekali dan agak berminat setelah pertama kali embun pagi tengok persembahan dari sukan seni capoeira ini.tetapi untuk makluman semua walaupun sukan seni ini adalah untuk tujuan bela diri akan tetapi ia juga diselitkan dengan unsur 'maculele' dan 'samba'.

Sukan seni mempertahankan diri Brazil ini mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Sejak diperkenalkan di Malaysia tidak lama dulu, ramai menyedari keunikan seni ini serta mula meninjau peluang mempelajarinya. Namun, sedikit masalah timbul iaitu, kelas latihan Capoeira terhad hanya di kawasan tertentu saja menyebabkan ia tidak sepopular seni mempertahankan diri karate,taekwando atau sukan seni yang lain.

Rasanya bagus kalau sukan seni ini terus diperluaskan ke kawasan-kawasan yang masih belum mengenali sukan seni ini.bagi embun pagi, agak rugi rasanya kalau kita tidak kembangkan sukan seni ini di Malaysia sebab mengikut pemahaman embun pagi sukan seni ini tidak melibatkan kos yang tinggi dan tidak ada peralatan khusus untuk mempelajarinya.(kalau adapun pakaiannya je kot)

Apa pendapat kawan-kawan semua...betul x?

4 comments:

aN Deey said...

Embun.., Capoeira ni sejenis SUKAN ker?? nape x ada dlm Oliympic Beijing... dan juga Oliypic yg sebelumnya..?

EmBuN PaGi said...

Salam,

This is what we call art games.ikut pembacaan Embun pagi la.Tapi kalau kawan-kawan yang lain ada maklumat tambahan bolehla reply.

tq

SRMC - The Solution Resource said...

salam...

Capoeira adalah seni mempertahankan diri yang mana tergolong didalam sukan seni. Itulah adalah pandangan saya terhadap Capoeira ni. kalau kita tengok balik maksud sukan balik. ok itu saja

aN Deey said...

Jika ia adalah sukan Seni... tp mengapa tiada Pertandingan Seni Mempertahankan ini di peringkat negeri mahupun negara??