
Salam Sejahtera buat semua,
Kawan-kawan pernah dengar tak nama Mohd Raduan Emeari , nama ini sudah tidak asing lagi bagi penggemar sukan olahraga tanah air,dan bagi yang masih belum mengetahui siapakah dia yang sebenarnya,jom ikuti sedikit perkembangan Mohd Raduan Emeari. Beliau merupakan atlit OKU yang bakal membawa negara ke persada dunia dalam acara olahraga,Walaupun Mohd Raduan baru sahaja pulih dari kecederaan tumit, dapat dilihat semangat yang ada pada dia sangat tinggi dalam menjulang nama negara.selain itu untuk makluman semua ,Paralimpik ke 13 Beijing 2008 akan berlangsung pada bulan Ramadhan.Bagi Mohd Raduan dia tidak mempunyai masalah walaupun terpaksa berjuang sewaktu bulan Ramadhan.Pencapaian terbaru Mohd Raduan sebelum ke Beijing bulan hadapan ialah dia pernah memenangi Pingat Emas semasa temasya sukan Sea di Korat baru-baru ini. Mohd Raduan merangkul pingat emas bagi acara 100m- T36 dengan catatan masa 12.69 saat.Bagi Paralimpik Beijing 2008, Mohd Raduan merupakan atlit yang berprospek tinggi untuk meraih sekurang - kurangnya gangsa semasa temasya itu diadakan nanti.Semoga Mohd Raduan berjaya dan mencapai apa yang dicita-citakannya.
Untuk makluman semua, Mohd Raduan dan kontingen Malaysia akan berlepas ke Beijing pada 31 Ogos dan buat Mohd Raduan serta semua atlit yang terlibat dan bakal mengharumkan nama negara, doa dari rakyat malaysia akan mengiringi perjuangan anda semua.Semoga berjaya.